Melur Untuk Firdaus (VIDEO EPISOD 7 DAN NOVEL MY 'RUDE' WIFE BAB 7) DRAMA 2022

NOVEL MY 'RUDE' WIFE BAB 7

(Melur Untuk Firdaus)

HIGHLIGHT: Episod 7 - Ibu Dengan Ayah Bergaduh... | Melur Untuk Firdaus (2022)

Sumber video : DRAMA SANGAT OFFICIAL

Semua orang sedang berkumpul di perkarangan pintu masuk ke masjid. Beberapa orang kawan Firdaus sedang bersedia dengan dulang hantaran di tangan masing-masing. Semua orang kelihatan gembira dengan majlis yang bakal berlangsung bila-bila masa ini. Namun Firdaus masih lagi sedih. Fikirannya masih lagi mencari-cari jalan untuk lari dari pernikahan ini. Kalau boleh,mahu saja dia meghaibkan diri agar tidak perlu terjebak dalam pernikahan tanpa rela ini. Apa lagi? Semuanya difikirkan. Semuanya bagai mampu dilakukannya.

‘Ya Allah,apa yang sedang aku buat ni?’ soal hatinya. Dia termangu sendirian selepas mengambil wuduk sebelumnya. Tidak mahu berbicara dengan sesiapa termasuk Raikarl. Fikirannya menerewang memikirkan apa yang bakal dihadapinya selepas ini,juga untuk masa yang akan datang. Hatinya merindui Dee yang jauh di mata. Entah apa yang harus dia katakan pada Dee nanti. Ya,itu juga difikirkannya. Matanya ralit melihat ke satu arah. Tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan. Dia menoleh.

“Dah ready?” soal abinya. Firdaus tidak menjawab. Dia menatap mata lelaki itu bersama pandangan mata yang masih mengharapkan agar lelaki itu memahami perasaannya ketika ini. Betapa dia mahu lari dari pernikahan ini.

“Kali ni je. Fir percaya abi kan?” soal Haji Nasarudin lembut. Firdaus terus menatap mata abinya yang penuh dengan harapan,agar dia bersetuju untuk meneruskannya. Terdetik di hatinya,mungkin ini yang benar-benar abi mahukan darinya. Selama dia membesar, tidak pernah abinya mengarah atau meminta sesuatu darinya termasuklah jalan kariernya dan pilihan hatinya. Tapi tidak untuk kali ini. Firdaus faham dan mengangguk. Haji Nasarudin senyum,lalu mereka masuk ke dalam masjid. Firdaus duduk di tempat khas untuknya. Hatinya berdebar untuk banyak perkara terutama untuk siapa bakal pengantinnya.

Imam Haji Mahadi datang dan memeriksa semua borang dengan teliti sebelum memastikan kedua-dua pengantin bersetuju dengan pernikahan yang bakal berlangsung ini. Dia kemudian memberi sedikit nasihat kepada Firdaus sebelum bergelar suami. Firdaus mendengar dengan teliti meski hati masih goyah. Tiba saatnya...

“Firdaus Iskandar Bin Haji Nasarudin,aku nikahkan dan kahwinkan dikau dengan Yang Mulia Tengku Adriana...” kata-katanya terhenti di situ. Imam Haji Mahadi tersentak apabila secara tiba-tiba Firdaus menarik tangannya dari genggamannya.

16

“Eh,kenapa ni?” soal Imam Haji Mahadi terkejut dan tidak mengerti.

“Err,apa nama dia tadi?” soal Firdaus panik bersama wajah yang jelas kelihatan terkejut dan panik. Berkerut wajah Imam Haji Mahadi melihat reaksi Firdaus.

“Aik,nama bakal isteri sendiri pun tak tahu ke?” soal Imam Haji Mahadi kehairanan.

“Err,anak saya ni nervouse sikit Imam. Tu yang terkejut lebih tu.” kata Haji Nasarudin sambil memegang bahu anaknya. Imam Haji Mahadi senyum.

“Oo..ingatkan apa tadi. Bawa bertenang ya? Kita bukannya nak berkhatan. Nak nikah je. Confirm tak sakit.” Usikan Imam Haji Mahadi itu meledakkan tawa tetamu yang ada. Firdaus tidak mempedulikan tawa mereka. Tumpuannya hanya pada nama itu.

5

“Boleh saya tengok borang nikah tu sekejap? Nak hafal nama dia baik-baik.” pinta Firdaus dengan wajah sedikit cemas. Imam Haji Mahadi menggeleng-geleng kecil sambil menghulurkan borang itu kepadanya. Matanya tertancap pada nama itu.

‘Siapa yang aku nak kahwin ni?’ soalnya pada diri sendiri. Firdaus berpaling ke kirinya. Kelihatan lelaki berkulit putih sedang tersenyum memandangnya. Firdaus yakin,itulah bakal bapa mertuanya. Dia menoleh ke satu susuk tubuh yang berada di tempat khusus untuknya. Seorang gadis sedang tunduk sambil berpegangan tangan dengan seorang wanita jelita di sisinya. Firdaus sangat yakin wanita itu bakal ibu mertuanya. Firdaus tunduk membaca nama gadis itu sekali lagi. ‘Nama dia... Betul kata Raikarl.’

“Dah sudah?” soalan Imam Haji Mahadi mengejutkan Firdaus. Firdaus sedikit tercengang. Dia masih buntu dan kepalanya penuh dengan tanda tanya. Haji Nasarudin menepuk bahunya dan melucutkan Firdaus dari rasa paniknya. Firdaus mengelap atas bibirnya yang sedikit berpeluh sambil mengangguk-angguk. Borang nikah itu diserahkan semula kepada Imam Haji Mahadi. Tangannya sekali lagi bersatu dengan tangan Imam Besar masjid negeri itu.

“Firdaus Iskandar Bin Haji Nasarudin,aku nikahkan dan aku kahwinkan dikau dengan Yang Mulia Tengku Adriana Zulaika Binti Yang Mulia Tengku Kamarul Yussuf dengan berwakil walikan aku kepada ayahandanya dengan mas kahwinnya sebanyak 7,777 ringgit,tunai.”

8

“Aku terima nikahnya Yang Mulia Tengku Adriana Zulaika Binti Yang Mulia Tengku Kamarul Yussuf dengan mas kahwinnya sebanyak 7,777 ringgit tunai.”

21

“Sah. Sah. Sah.” Jawapan dari saksi-saksi menamatkan zaman bujang Firdaus dan kini dia telah sah bergelar suami orang. Maka satu tanggungjawab yang besar telah terpikul dengan sendirinya di bahunya. Namun Firdaus sendiri bagai tidak menyedari bahawa dia sudahpun sah bergelar suami kepada gadis itu. Yang ada di fikirannya saat ini hanyalah nama dan gelaran gadis itu. Nama yang bukan seperti nama yang sering disebutnya selama ini. Usai bacaan doa,Firdaus masih lagi kebingungan.

“Fir,pergilah solat sunat nikah dulu. Dia pun nak jemaah sekali tu.” kata abinya selepas bacaan doa selesai. Firdaus akur. Mereka solat bersama. Usai solat,Firdaus kembali ke tempat duduknya. Kemudian mereka sama-sama bangun menuju ke tempat pengantin perempuan duduk. Hajah Rohana menghulurkan cincin untuk Firdaus sarungkan ke jari manis isterinya. Firdaus akur. Saat itulah mereka berdua bertentang mata. Firdaus sedikit terkesima. Selepas cincin disarungkan dan saling bertukar cincin,pengantin perempuan mencium tangannya. Uminya mengisyaratkan agar Firdaus mencium dahi isterinya. Dalam teragak-agak,Firdaus melakukannya. Sekali lagi mereka bertentang mata dan sekali lagi Firdaus terkesima. Akhirnya mereka bergambar bersama keluarga di atas pelamin kecil yang dihias indah itu. Usai semuanya,pengantin perempuan hilang begitu sahaja. Tinggal Firdaus terpinga-pinga.

Petangnya pula,Firdaus harus ke hotel untuk menjalani latihan raptai penuh untuk upacara persandingan keesokan harinya. Dia kecewa kerana teman latihannya bukanlah pengantinnya tetapi wakil kepada isterinya.

3

Malamnya Firdaus penasaran memikirkan apa yang terjadi siang harinya. Dia penasaran mahu melihat wajah isterinya. Dia teringatkan sepasang mata yang ditatapnya siang tadi. Tentang persalinan serba putih gadis itu. Tentang jubah putih bertatah berlian dan mutiara yang dipakai isterinya. Tentang hijab yang turut dihiasi perhiasan yang sama. Tentang jilbab berenda yang menutupi wajahnya. Tentang merah inai di jari putihnya. Tentang wangian lembut yang menusuk hidungnya. Tentang semuanya.

‘Yang Mulia Tengku Adriana Zulaika. Anak raja. Baka baik,bukan baka bukan-bukan. Umur baru 25 tahun,bukan 50. Can...tik juga...rasanya... Tapi kenapa Tengku nak kahwinkan puteri mereka dengan aku? Dah tak ada anak raja lain dah ke nak dibuat menantu? Pelik. Dan kenapa macam terdesak je nak kahwin cepat-cepat dengan aku? Ada yang tak kena ke dengan budak tu?’ rungutnya sendiri tetapi tumpuannya lebih kepada nama isterinya itu. Ya,nama yang tidak pernah dia ketahui sebelumnya. Nama yang tercatat pada kad undangan perkahwinannya. Nama yang dipuji-puji oleh Raikarl dan para pekerjanya. Nama yang tidak mahu didengarinya. Nama yang menguji kesabarannya dan menimbulkan amarahnya,tanpa diketahuinya. Pendek kata,nama itu bukan nama yang dibencinya selama ini.

“Kenapa ni? Tak percaya Fir dah nikah?” tiba-tiba abang sulungnya,Firman Iskandar menyapa dari arah belakangnya,mematikan omelannya tadi. Firdaus tersenyum senget.

8

“Percaya. Percaya sangat-sangat.” Abangnya mendengus tawa mendengar jawapan bernada sindiran itu. Lelaki tinggi lampai itu mengambil tempatnya di sebelah adiknya.

“Fikir apa?” soal Firman lagi sambil menepuk pahanya.

“Fikir macam-macam.” jawab Firdaus ringkas. Matanya tidak ditujukan kepada abangnya.

“Macam-macam takpa,jangan bukan-bukan. Tak baik buruk sangka.” balas Firman menasihati. Firdaus mendengus perlahan.

“Taklah. Tengah fikir macam mana agaknya muka dia. Entah apa-apa,dah nikah pun masih lagi tak boleh tengok muka isteri sendiri.” jawab Firdaus merungut.

“Dia nak buat surprise la tu.” jawab abangnya dalam senyuman.

“Tak ada maknanya surprise abang. Siapapun orangnya tak akan memberi kesan kepada Fir.” balas Firdaus yakin,meski hatinya seakan menidakkan.

“Jangan over confident. Abang rasa Fir dah pun suka dia,hanya dengan tengok mata dia je tadi. Kan?” balas abangnya meyakinkannya. Firdaus tersenyum senget.

1

“Banyaklah abang punya suka. Habis Dee tu Fir tak sukalah ya?” Firman ketawa mendengar jawapan ‘padu’ adiknya. Dia menepuk perlahan bahu Fridaus.

“Sabar,masa bersanding esok,mesti boleh tengok muka dia.” kata Firman sambil berlalu ke pintu bilik. Langkahnya hanya diperhati oleh Firdaus.

“Sekarang ni,kita semua suspen. Bukan Fir seorang je. Even umi dan abi pun tak pernah tengok dia sebelum ni.” Firdaus terkejut besar mendengarnya. Firman mengangguk-angguk mengiyakan kata-katanya sendiri,sekaligus menjawab soalan yang diajukan dari mata adiknya. Dia berlalu dengan senyuman. Firdaus bersandar di sofa.

“What? Umi dan abi pun tak pernah tengok dia? Macam mana mereka boleh kahwinkan aku dengan perempuan yang mereka sendiri pun tak pernah tengok? Biar betul? Ingatkan aku sorang je tak pernah tengok,ni satu famili...?” rungutnya tidak sangka. Firdaus bangun menuju ke balkoni. Memandang di kejauhan sambil terus berfikir.

“Entah cukup sorang ke tak budak tu? Entah cantik ke tak. Kang bisu ke,pekak ke? Adoiii...masak aku macam ni.” omel Firdaus lagi. Sedikit rasa goyah menerpa hatinya. Rasa takut juga mula menyapa benaknya. Segala perasaan negatif yang tidak ada sebelumnya perlahan-lahan menguasi fikirannya semula.

“Ni baru betul-betul ‘surprise’. Buatnya dia...” Sepi. Fikirannya berkecamuk. Segala keindahan yang terbayang di matanya tadi mula menghilang di balik kepekatan malam.

“Habislah kau Firdaus.” sambungnya lagi. Ternyata dia tidak mampu menolak sebarang kemungkinan yang menjurus kepada perkara-perkara yang buruk tentang isterinya itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

+

“Dee.”

6

-cnc-


----------------------------------------------------
#firdausmelur #myrudewife #tazharris #novel #episod7meluruntukfirdaus #bab7myrudewife #dramamalaysia #dramaromansa #novelmyrudewife #drama

Komentar