Melur Untuk Firdaus (VIDEO EPISOD 6 DAN NOVEL MY 'RUDE' WIFE BAB 6) DRAMA 2022

 NOVEL MY 'RUDE' WIFE BAB 6

(Melur Untuk Firdaus)

HIGHLIGHT: Episod 6 - Tak Payah Nak Puji Sangat Nanti Jadi Keji! | Melur Untuk Firdaus (2022)

Sumber video : DRAMA SANGAT OFFICIAL

"Waalaikumsalam. Lama tak datang sini? Sibuk ke?" sambut Haji Nasarudin mesra sambil mempersilakan Raikarl masuk.

"Biasalah abi,boss besar la katakan." jawab Raikarl bergurau dan itu meledakkan tawa kecil lelaki itu. Setelah membawa buah tangan Raikarl ke dapur,Hajah Rohana kembali mendapatkan mereka berdua di ruang tamu sambil membawa minum petang bersama kek cawan yang dibuatnya sendiri.

"Congrats abi,umi." kata Raikarl terus menerjah dengan ucapan tahniahnya. Haji Nasarudin berkerut sambil memandang isterinya sesaat dua.

"Untuk apa?" soalnya tidak mengerti. Raikarl senyum.

"Karl dah dapat kad jemputan dari Mister CEO kita tu." Jawapan Raikarl telah membuatkan wajah pasangan itu terukir dengan senyuman,namun tidak lama.

"Yeah,Mister CEO yang..." rungut Haji Nasarudin tanpa menghabiskan ayatnya. Sambungannya hanya mereka yang tahu. Semua orang mengenali sikap Firdaus. Faham-faham sendiri.

"So,ada apa-apa yang Karl boleh tolong?" soal Raikarl cuba menukar topik yang lebih menjurus ke arah Firdaus sahaja itu.

"Tolong pujuk kembar Karl tu supaya tak melawan perintah kami." jawab Haji Nasarudin yang akhirnya tetap menjurus ke arah Firdaus sahaja. Ya,sikap Firdaus.

"InsyaAllah abi. Fir akan ikut cakap abi." jawab Raikarl yakin. Dia juga tahu sikap Firdaus yang kadang-kadang 'degil' dan suka 'memberontak secara sopan' itu,namun dia lebih tahu yang Firdaus seorang anak yang baik dan akan mendengar cakap ibu bapanya. Sekuat manapun dia cuba'melawan' tetapi akhirnya dia akan mengalah juga.

"Harapnyalah." jawab Haji Nasarudin kurang yakin. Raikarl tetap senyum.

"Kita doakan yang terbaik je. Nanti Karl sponsor majlis bertandang sambut menantu baru kat rumah ni. Buat kan?" soal Raikarl bagai mahu menutup cerita tentang sahabat baiknya itu sekali lagi. Yang mahu dibincangkannya adalah tentang majlis yang bakal berlangsung,dan bukannya tentang Firdaus semata-mata. Pasangan ibu bapa angkatnya itu senyum tetapi Hajah Rohana menjawab soalan Raikarl dengan gelengan. Nampak pelik tetapi itulah yang pihak perempuan mahukan.

"Kalau macam tu,Karl support venue dengan baju pengantin okey?" kata Raikarl sekali lagi menghulurkan sumbangannya.

"Tak payahlah Karl. Susahkan Karl je." sambut Hajah Rohana bersopan. Raikal senyum. Begitulah dia. Murah dengan senyuman dan itulah yang sering menambat hati pasangan suami isteri itu. Seorang anak yang tidak pernah menyusahkan mereka. Tidak pernah berkata tidak dan tahu mengenang jasa. Dari seorang anak angkat,mahu saja mereka menjodohkan Raikarl dengan Rania agar Raikarl benar-benar menjadi anak mereka. Anak yang halal untuk disentuh oleh Hajah Rohana sebagai ibunya.

"Tak adalah umi. Karl kan anak umi dan abi? Kita satu family. Karl happy dapat menyumbang untuk famili. Mister CEO kita tu pun bukan orang lain dengan Karl." sambut Raikarl bersopan. Senyuman Raikarl dibalas dengan senyuman yang sama.

"Karl setuju dengan perkahwinan ni?" soal Haji Nasarudin bertanyakan pendapat.

"Kalau Karl di tempat dia,Karl akan terus setuju. Sebab bukan senang nak dapat jodoh yang direstui sepenuhnya oleh ibu bapa kita." jawab Raikarl ikhlas. Haji Nasaruddin senyum.

"Kan senang kalau dia pun fikir macam tu juga? Tak lah kami ni berdebar-debar je. Rasa macam lambat je nak tunggu hujung bulan ni." balas Hajah Rohana bersama wajah yang terselit sedikit keresahan.

"Jangan risaulah umi. Fir tak akan buat onar. Dia tak akan lari ke mana. Karl kenal dia macam mana." jawab Raikarl yakin. Hajah Rohana tidak senyum.+

"Kalau dia buat onar macam mana?" soal Hajah Rohana kembali. Wajahnya masih seperti tadi. Raikarl mendengus tawa.

"Karl akan ganti tempat dia. Karl akan pastikan adik manis tu jadi menantu umi dan abi. Kasi melopong itu mulut Mister CEO." jawab Raikarl cuba untuk bergurau. Ternyata percubaannya berjaya. Pasangan itu melepas tawa lucu mereka.1

"Macam mana umi dan abi boleh dapat calon menantu macam tu?" soal Raikarl sambil menikmati kek cawan kegemarannya itu.

"Ha'aa kan? Macam tak sepadan pula dengan Firdaus." Jawapan Hajah Rohana sekali lagi meledakkan tawa mereka bertiga.

"Tu lah fasal..." sambut Raikarl kembali. Hajah Rohana ketawa lagi.

"Apa kata umi dan abi pass kat Karl je? Dengan Karl lagi okey kot." gurau Raikarl lagi.

"Masin mulut tu baru tahu. Nangis girlfriend Karl nanti." sambut Hajah Rohana dalam tawanya yang bersisa. Raikarl menghabiskan minumannya. Dia juga tidak mahu berbicara soal 'girlfriend' yang mungkin akan dicungkil dari pasangan itu.

"Okey,umi bagi detail. Nanti Karl uruskan perbelanjaan tu semua." kata Raikarl mahu menutup cerita tentangnya. Wajahnya sedikit serius apabila bercakap soal serius itu. Hajah Rohana mengangguk perlahan.

"Terima kasih Karl. Harapkan Fir,dia tak nak ambil tahu langsung." Raikarl senyum kembali mendengar jawapan uminya itu. Sesaat itu,telefon bimbit Raikarl berbunyi menandakan panggilan masuk. Dia terus menjawabnya.

"Aku kat rumah abi. Kenapa?" jawabnya selepas menjawab salam si pemanggil. Sepi.

"Okey,nanti aku sampai." jawabnya lagi setelah mendengar jawapan di hujung talian. Talian dimatikan dan Raikarl memandang umi dan abinya.

"CEO kita nak jumpa Karl. Karl pergi dulu ya? Nanti Karl datang lagi. Dah lama tak tidur sini dan makan masakan umi. Dah rindu dah." kata Raikal bersama senyumannya.

"Datang,jangan tak datang." kata Hajah Rohana mesra. Raikarl ketawa lalu menyalami keduanya. Raikarl berlalu ke keretanya.

"Karl?" panggil Hajah Rohana. Raikarl berpaling. Terlihat jelas di wajah wanita itu akan harapannya agar Raikarl memujuk Firdaus untuk menerima perkahwinan ini. Raikarl mengangguk mengerti bersama senyuman penyudahnya.

Raikarl tiba di restoran yang dimaksudkan setengah jam kemudian. Kelihatannya Firdaus sedang membelek telefon bimbitnya bersama postur badan yang malas. Salam diberi dan Firdaus menjawabnya juga dengan malas. Wajahnya monyok dan mencuka.

"Kau apa hal nak jumpa aku kat sini? Kenapa tak balik rumah je terus? Aku plan nak tidur sana kot tadi." soal Raikarl serius. Firdaus meraup mukanya sambil mendengus perlahan.

"Sebab aku dah memang ada kat sini." jawabnya tanpa memandang Raikarl.

"Yelah,tapi boleh balik kan?" balas Raikarl semula. Firdaus diam. Dia bersandar malas di sofanya sambil mendongak ke siling yang dihiasi lampu gantung klasik itu. Sepi.

"Kau kenapa ni? Muka dah macam pekasam daging dah ni aku tengok? Why?" soal Raikarl dengan nada di antara bergurau dan serius. Mata Firdaus masih lagi ralit di situ.

"Serabut." jawabnya ringkas. Apabila pelayan datang,Raikarl mengambil pesanannya. Setelah pelayan berlalu,Raikarl merenung Firdaus yang kelihatan sugul dan mati akal itu. Ada sesuatu yang mengacau jiwanya.

"Kenapa? Rindu Dee?" soal Raikarl mengagak. Firdaus memandangnya sekilas.

"Tu satu hal. Time aku perlukan dia nilah,dia nak lesapkan diri. Call pun tak. Sibuk kalahkan menteri la pula." jawabnya dengan nada yang berbaur bosan dan marah.

"Lebih baik dia lesap. Kalau tak,lain pula yang jadi." balas Raikarl serius. Kali ini Firdaus memandangnya. Badannya juga ditegakkan semula.

"Jadi apa?" soalnya dengan wajah yang sedikit berkerut tidak mengerti.

"Jadi...tak jadi kahwin la." jawab Raikarl bersama wajah yang sengaja diseriuskan. Firdaus menjelingnya bersama dengusan kuat.

"Memang tu pun yang aku nak." balas Firdaus sedikit marah. Bukan kepada Raikarl tetapi kepada keadaan yang menghimpit dirinya. Keadaan yang sedang memaksanya untuk menerima wanita lain dalam hidupnya. Wanita lain selain Dee.

"Ishk,kau ni. Tak baik tau doa benda yang tak baik macam tu." sambut Raikarl sambil bersandar di sofanya. Firdaus memandangnya dengan wajah serius.

"Aku tak nak kahwin. Tak nak. Kau faham tak?" kata Firdaus tegas. Sepi seketika.

"Okey,kita settlekan masalah ni. Sekarang juga. Jom." kata Raikarl sambil menepuk lutut Firdaus. Firdaus berkerut kebingungan melihat Raikarl yang mula bangun dari duduknya.

"Nak pergi mana?" soal Firdaus kehairanan.

"Balik rumah la. Mana lagi?" Jawapan Raikarl meremangkan roma Firdaus. Keberanian yang belumpun muncul,sudah dimatikan dengan ketakutan.

"Ishk,kau ni. Nak aku mati katak ke apa?" jawab Firdaus bersungguh. Raikarl senyum.

"Takpe. Aku ada. Aku back up kau. Jom." kata Raikarl masih mencuba 'meyakinkan' Firdaus. Firdaus diam melihat Raikarl yang sudahpun berdiri sambil menantinya.

"Nak kahwin ke tak nak ni?" soal Raikarl bersungguh lagi,bagai menyandarkan harapan dan keyakinan kepada Firdaus bahawa dirinya boleh diharapkan untuk membantu sahabatnya lari dari masalah ini. Namun,di sebalik kesungguhannya itu,Firdaus dapat melihat sedikit senyuman di hujung bibir Raikarl yang cuba disembunyikannya.

"Kau ni. Karang kau pulak yang mati katak kang." balas Firdaus marah lalu melempar telefon bimbitnya perlahan ke atas meja. Raikarl senyum dan duduk semula. Pesanan Raikarl tiba di meja. Raikarl terus menjamahnya tanpa mempelawa Firdaus. Sesekali dia senyum melihat gelagat Firdaus yang bagaikan ayam berak kapur itu.

"Orang nak tolong,dia tak nak. Takutlah sangat. Kata anak jantan? Kat sini bukan main kuat berkokok mengalahkan Si Sabung. Kasi semburlah 'Si Jalak' kat rumah tu. Ada bran?" kata Raikarl bagai menyindirnya. Firdaus hanya menjeling. Malas melayan lagi kerana dia tahu Raikarl juga takutkan 'Si Jalak' yang merujuk kepada abinya itu. Dan dia lebih tahu bahawa masalah ini tidak akan berakhir seperti yang diharapkannya. Jadi,ianya tamat di situ sahaja.2

-cnc-


----------------------------------------------------
#firdausmelur #myrudewife #tazharris #novel #episod6meluruntukfirdaus #bab6myrudewife #dramamalaysia #dramaromansa #novelmyrudewife #drama

Komentar