- Dapatkan link
- Aplikasi Lainnya
NOVEL MY 'RUDE' WIFE BAB 4
(Melur Untuk Firdaus)
HIGHLIGHT: Episod 4 - Abang Kena Terima Melur Sebagai Shareholder! | Melur Untuk Firdaus (2022)
Sumber video : DRAMA SANGAT OFFICIAL
FULL VIDEO DRAMA EPISOD 4
KLIK UNTUK MENONTON :
KAMU SEDANG MEMBACA
MY 'RUDE' WIFE Romansa
SUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication
Memang payah andai cinta dirasakan, namun dirahsiakan. Melur mungkin menyintai, namun dia bersembunyi. Firdaus mungkin menyayangi, namun dia tidak menyedari. "Yelah, papa minta Melur kahwin dengan abang ta...
Oleh by : @CikNoeCinta
Editor : @boyyafaiha
Setelah dua minggu berlalu,Firdaus memberanikan diri untuk pulang ke rumah keluarganya. Mahu tidak mahu,dia harus balik untuk menemui orang tuanya. Andai perkara itu dibincangkan semula,berani atau tidak,dia harus menghadapinya. Tidak guna membiarkan perkara itu berlanjutan tanpa ada jalan penghujungnya.1
Sambil menikmati teh panas bersama pai epal,Firdaus bagai sudah bersedia andai perkara itu dibangkit kembali,dan kali ini dia akan berjuang untuk mempertahankan pendiriannya. Keberanian yang dipupuk sejak dua minggu lalu,akan digunakan sebagai senjata untuk membela dirinya malam ini. Sepi. Seperti biasa. Meski berkumpul sambil menonton televisyen,tiada siapa yang membuka bicara. Hanya suara televisyen yang riuh rendah memberi hiburan kepada penonton yang seakan tidak terhibur.
"Fir,umi dah buat persiapan untuk majlis perkahwinan tu nanti." tiba-tiba suara uminya memecah kesunyian. Sesaat dua,suara dari televisyen juga tidak kedengaran. Abang dan kakak iparnya membatukan diri. Bulu roma di tengkuk Firdaus meremang secara tiba-tiba. Ya,ia berlaku juga akhirnya. Firdaus mendengus perlahan bersama pandangan mata yang ditujukan kepada uminya. Segera dia membina keberanian di dalam hatinya.
"Persiapan? Siapa yang nak kahwin ni? Kan Fir dah cakap Fir tak nak? Jangan paksa-paksa boleh tak? Ni soal hidup Fir. Biar Fir yang tentukan." balas Firdaus masih bersopan.
"Fir jangan nak mulakan. Kalau abi dengar,masak Fir nanti. Fir tahu kan abi tu macam mana?" balas uminya sedikit perlahan meskipun nadanya seperti marah. Firdaus diam.
"Umi dah merisik tapi mereka cakap tak perlu bertunang. Pihak sana nak nikah terus. Jadi hujung bulan depan,Fir kahwin." sambung uminya semula. Mencerlang mata Firdaus.
"What? Cepatnya? Bunyi macam...terdesak." suara terkejutnya yang agak kuat pada awalnya menjadi perlahan sedikit di hujungnya. Tapi...
"Melur tu datang dari famili yang baik-baik. Tak ada istilah terdesak pun kat sini. Mereka cuma nak cepatkan benda baik. Bertunang tu semua adat saja. Kahwin terus,lagi afdal. Jadi jangan nak fikir yang bukan-bukan." Suara tegas abinya menambah rasa terkejut Firdaus.
"Tak adalah sampai ke situ abi. Cuma Fir rasa macam terlalu cepat." jawab Firdaus perlahan.
"Habis tu nak tunggu 'tujuh tahun',baru tak cepat? Macam Fir dengan Dee? Dah berkulat tapi masih tak kahwin lagi? Macam tu?" sambut abinya lebih tegas.
"Tak juga abi...tapi Fir rasa macam... Dan apa nama dia tadi? Melur? Fir tak salah dengar kan?" soal Firdaus seakan menyindir di hujungnya.
"Kenapa dengan Melur? Salah ke kalau nama dia Melur?" soal uminya kehairanan.
"Tak salah umi,cuma pelik sangat. Orang zaman apa nama macam tu? Kuno."24
"Jangan nak hina nama dia,Fir." tegur Hajah Rohana sedikit tegas.
"Bukan nak hina nama dia umi,tapi tak sesuai langsung dengan nama Fir. Fir ni CEO syarikat umi. Ramai kenalan. Banyak majlis korporat yang nak dihadiri. Macam mana Fir nak bawa isteri dengan nama macam tu umi? Malulah Fir." Sekali lagi Firdaus cuba membela diri.3
"Firdaus,kalau dah tak ada alasan lain yang lebih kukuh untuk Fir tolak jodoh ni,jangan nak bagi alasan tahap budak sekolah macam tu. Malu abi dengar. CEO syarikat konon. Tapi otak,cetek." balas Haji Nasarudin tegas disudahi sindiran di hujungnya.2
"Umi...?"
"Shh...stop it." pintas uminya bertegas. Firdaus bergerak ke hujung sofanya.
"Umi please. Abi..Fir minta tolong sekali ni saja. For last. Tolong bagi peluang pada Fir sekali je lagi." rayu Firdaus memujuk hati orang tuanya.
"Fir nak kami bagi peluang apa lagi?" soal Haji Nasarudin sedikit kuat.
"Bagi peluang pada Fir dan Dee." jawab Firdaus dengan wajah mengharap. Haji Nasarudin menatap wajah mengharap anak lelaki ke duanya itu. Rasa kasihan singgah di hati tuanya namun dia harus menetapkan pendiriannya. Ini yang dia mahukan untuk anak lelaki bujangnya. Ini yang terbaik buatnya.
"Dah tujuh tahun kami bagi peluang tu pada Fir terutamanya Dee,tapi tak ada apa yang berlaku seperti yang sepatutnya kan? So,nak peluang macam mana lagi?" soal Haji Nasarudin semula. Firdaus menarik nafasnya bersama air wajah resahnya. Dia benar-benar mengharapkan satu keajaiban muncul di hadapannya saat ini. Keajaiban yang mampu melembutkan hati lelaki itu. Lelaki yang telah membesarkannya dengan ketegasan dan disiplin yang tinggi.
"Abi please. For last. Izinkan Fir lamar Dee sekali lagi. Fir janji,kalau kali ini pun Dee tak setuju,Fir akan ikut cakap umi dan abi." rayu Firdaus lagi dengan meletakkan syarat pada dirinya sendiri. Haji Nasarudin diam. Berfikir.
"Baiklah,tapi dengan satu syarat." Firdaus menunggu dari abinya.
"Fir jangan bagitahu dia yang Fir akan kahwin dengan Melur. Deal?" Firdaus menoleh memandang uminya dan beralih kepada abinya semula sebelum mengangguk perlahan. Dia sangat mengerti kenapa abinya memberikan syarat seperti itu kepadanya. Dee harus diuji. Jika benar Dee sayangkannya,Dee akan menerima lamarannya tanpa syarat dan alasan. Firdaus tahu abinya tidak mahu Dee menerima lamarannya hanya kerana dia akan berkahwin dengan wanita lain. Ya,dia sangat mengerti. Dia takut,namun dia harus mencuba untuk kali terakhir dengan harapan tuah memihak kepadanya kali ini.
" Abi bagi masa 48 jam. Lepas tu kita tengoklah ke mana takdir bawa Fir."
Komentar
Posting Komentar
[Saya Mencoba Tampa Putusasa]
√ INSTAGRAM :
@muhammad_aprizal07
@boyya_faiha
√ FACEBOOK :
Muhammad Aprizal
√ YOUTUBE :
BOYYA Faiha
√ CP :
+62 853-5710-3517 (WA Only)
(KERINCI, JAMBI, INDONESIA)
- Untuk Blogger
√ Nama Saya Muhammad Aprizal, Seorang penulis produktif tentang pengalaman pribadi, agama, bisnis, petualangan dan artikel lainnya. Terimakasih sudah mengunjungi blog/ web pribadi saya.
√ Jangan lupa untuk membaca dan cari keperluan lainnya di sini atau tinggalkan komentar sebagai saran.
√ Jangan Lupa SUBSCRIBE, LIKE, SHARE DAN KOMENTAR Pada Kolom komentar Di Blogger ini dan Kunjunggi Channel Youtube Saya BOYYA Faiha.
√ TERIMA KASIH
BOYYA FAIHA (Muhammad Aprizal)