Melur Untuk Firdaus (VIDEO EPISOD 5 DAN NOVEL MY 'RUDE' WIFE BAB 5) DRAMA 2022

NOVEL MY 'RUDE' WIFE BAB 5

(Melur Untuk Firdaus)

HIGHLIGHT: Episod 5 - Ha Melur Mengandung Ke? | Melur Untuk Firdaus (2022)

“Jangan kau yang aku tewaskan dah la.” balas Firdaus sedikit marah. Raikarl ketawa. Lebih-lebih lagi apabila melihat wajah serius Firdaus itu. Baginya wajah itu kelihatan lucu.1

“Dah makin dekat hari kiamat kau nampaknya ya? Tahniah! Finally dapat juga aku tengok kad kahwin kau.” sambut Raikarl bergurau. Firdaus mendengus. Malas melayan. Raikarl membuka sampul kad berwarna keemasan itu dan mengeluarkan kad di dalamnya. Dia tersenyum lebar.

“Wow! Cantiknya nama bakal isteri kau Fir?” kata Raikarl teruja.

“Jangan kau berani sebut nama dia depan aku. Aku sumpah kau jadi tunggul nanti.” marah Firdaus memberi amaran yang serius. Wajahnya lebih serius dari sebelumnya. Dia tidak mahu mendengar nama gadis itu. Telinganya sakit setiap kali nama itu disebut,terutamanya oleh setiap ahli keluarganya. Meskipun nama itu tidak pernah diejek oleh sesiapa dalam keluarganya,dia tetap berasa malu mendengarnya.

“Ishk kau ni...Semenjak dua menjak ni aku tengok,bukan main baran. Nama dan rupa dah elok dah. Memang macam ‘Firdaus’,tapi fiil kau sekarang ni dah macam Firaun la pula. Menggerunkan. Mulut macam puaka tau tak?” Raikarl menegur dalam gurauan. Firdaus menjeling tajam sambil menarik kuat nafasnya. Terasa setiap gurauan Raikarl tidak lucu di telinganya. Gurauan itu dirasakan bagai menyindir dirinya.

“Eh,kau ni,makin kecik je aku tengok. Kau jangan,aku resign nanti.” ugut Firdaus dalam nada serius. Raikarl melepas tawa lagi namun dia tahu dia harus berhenti ketawa.

“Okey okey sorry dude. Aku gurau pun tak boleh ke? Sensitive nau sejak bergelar bakal suami orang ni.” balas Raikarl sedikit takut dengan ugutan sahabat baiknya itu. Firdaus bukan sahaja sahabat baiknya tetapi dia juga adalah orang penting syarikat ini. Orang yang merancang dan menggerakkan syarikat yang dibinanya selama hampir lapan tahun ini.

“Kau tak rasa,kau tak tahu.” balas Firdaus dengan kemarahan yang masih bersisa.

“Relakslah,kahwin je pun,bukannya mati.” kata Raikarl cuba bergurau lagi. Dia masih mahu mencuba untuk menyejukkan hati Firdaus.

“Nak juga aku sumpah kau ni. Kang tak pasal-pasal jadi tunggul berkulat sisir kat kerusi MD kau tu.” balas Firdaus berang kembali. Hasilnya,Raikarl ketawa besar mendengar kata-kata Firdaus. Firdaus yang sedang marah,hanya mampu melihat sambil bersandar malas di kerusinya. Surut tawa,Raikarl menatap kembali kad berkerawang berwarna putih mutiara bertulisan emas itu lagi. Ditatapnya dua gambar wajah kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia seawal lima tahun yang terpampang di dalamnya. Dia kembali membaca nama bakal pengantin perempuan yang tercatat di dalamnya. Dia senyum.

“Tapi betullah,cantik nama bakal wife kau ni. Mesti orangnya pun cantik. Ada status lagi.” kata Raikarl sambil terus membaca nama pengantin perempuan itu.

“Peduli apa aku. Aku tak ambil tahu pun fasal dia. Kepala aku ni berserabut fikir pasal Dee. Entah macam mana aku nak bagitahu dia nanti. Silap hari bulan,boleh jadi busut jantan aku dibuatnya.” balas Firdaus bersama keluhan di awalnya. Raikarl mendongak memandang Firdaus. Matanya sedikit membulat.

“Maknanya kau tak tahu lagilah nama dia ya? Orangnya pun kau tak jumpa lagilah ya? Kad ni pun kau tak tengok lagilah ya?” soal Raikarl bertubi-tubi tanpa mempedulikan kata-kata Firdaus tadi. Berkerut muka Firdaus mendengarnya.

“Dei,berapa banyak ‘ya’ daa..?” soal Firdaus meleret marah.

“Ya ke tak?” soal Raikarl semula dengan riak wajah ingin tahu. Firdaus mendengus lalu bangun menuju ke pintu bilik Raikarl. Dia membuka pintu dan keluar. Sesaat kemudian,dia membukanya semula dan menjenguk ke dalam bilik.

“Ya.” jawabnya tegas dan kembali menutup pintu. Raikarl melepas tawa mendengarnya sambil menggeleng-geleng kecil.

Ya,dia tidak berjaya membuatkan kawannya itu terhibur dengan usikannya pagi ini,namun dia telah berjaya menghiburkan dirinya sendiri. Dia kembali menatap gambar zaman kecil kedua-dua bakal pengantin itu semula.
‘Comelnya both of you’ bisik hatinya.  
2

Sebaik Firdaus berpaling semula selepas menutup pintu,dia disambut oleh beberapa orang pekerja di ruangan pejabat Pengarah Urusan tadi,termasuklah setiausaha Raikarl,Sofea. Setiap pasang mata yang berdiri di hadapannya kini sedang tersenyum memandangnya. Entah kenapa Firdaus merasakan senyuman mereka seperti sedang menyindirnya. Senyuman yang berniat untuk memalukannya. Senyuman yang diukir tanpa keikhlasan. Bertambah panas hatinya melihat senyuman-senyuman itu.

“Tahniah Encik Firdaus. Cantik nama bakal wife Encik.” sapa Sofea bersama senyuman yang Firdaus maksudkan tadi. Mendengar ucapan tahniah diselangi ‘pujian’ terhadap nama bakal isterinya,Firdaus menjadi cuak dan marah. Terasa peluh dingin mula merenik di pelipisnya.1

“Thank you so much. Tapi awak tak perlu sebut nama dia depan saya. Saya dah tahu nama dia dan siapa dia. So,please.” kata Firdaus serius. Wajahnya juga serius tanpa senyuman,tidak seperti biasanya. Semua staf terkedu mendengar nada suara Firdaus yang kedengaran seperti sedang marah. Ya,memang Firdaus sedang marah. Sesuatu yang jarang dilakukannya. Dia seorang CEO yang akan bercakap dengan nada suara yang sedap didengar walaupun sedang memberi arahan  tegas. Dia akan bercakap dengan bahasa yang baik meskipun sedang memarahi pekerjanya. Tapi hari ini agak berlainan dari biasa. Sepi. Tiada sesiapa yang berani bersuara. Senyuman mesra di wajah mereka juga lenyap sekelip mata. Menyedari kesilapannya,Firdaus menarik nafasnya sambil memejamkan matanya sesaat.

“Okey,thank you to all of you. Jangan lupa datang nanti.” kata Firdaus dengan nada yang lembut dan sopan. Firdaus terus berpaling dari mereka,namun dia merasakan perbualan mereka tiada klimaksnya. Dia tahu bukan itu penyudah yang baik untuk mereka.

“Dan jangan lupa bawa hadiah masing-masing. Setiap satu kepala,satu hadiah. Saya tak nak hadiah yang awak semua share ramai-ramai. Majlis besar,hadiah pun kena besar la ya? Kalau tak,tak payah datang.” kata Firdaus dengan niat bergurau. Semua staf kembali tersenyum. Ya,dia berjaya membuat suasana kembali ‘mesra’ seperti sepatutnya.

“Kalau bawa hadiah share,makan nanti pun share juga. Tau?” sambung Firdaus lagi dengan wajah serius yang dibuat-buat. Mereka semua melepas tawa kecil. Firdaus senyum sekilas sebelum berlalu ke biliknya semula. Dia bersandar di kerusinya sambil berfikir sendiri.

“Nama Melur pun cantik ke? Perli ke apa?” omelnya tidak puas hati. Hatinya masih panas dengan ucapan tahniah dari semua pekerja sepanjang perjalanan ke biliknya. Panas apabila terpaksa mengukir senyum tanpa rela. Panas kerana terpaksa berterima kasih tanpa keikhlasan. Panas untuk semuanya.

“Mak ayah dia dah tak ada nama lain ke nak bagi nama anak? Melur. Please laa..” omelnya lagi tanpa ada niat untuk berhenti mengkritik nama bakal isterinya itu. Dia menarik nafasnya sambil mendongak ke atas. Berfikir lagi dengan rasa tidak puas hati di dalam benaknya. Ada lagi yang mahu dikatakannya. Bercakap sendirian.

“Entah baka dari mana entah letak nama Melur. Orang hulu ke apa? Tengok girlfriend aku. Diana. Kan ke cantik? Modern. Tak malu nak bawa masuk majlis. Ni,Melur. Agak-agaklah nak kasi nama anak gitu. Jakun.” sambungnya lagi dengan nada yang berbaur antara merungut dan marah. Tiba-tiba dia tersentak sendiri.13

“Eh,ke abi nak kahwinkan aku dengan perempuan tua ni? Nama macam orang umur 50 an je. Ishk,biar betul ni? Melur. Meeelur...” omelnya sambil terus berfikir.2

“Adoi,habislah. Masak aku. Satu ofis dah perli nama bakal bini aku nih. Arrghhh!”+

-cnc-



----------------------------------------------------
#firdausmelur #myrudewife #tazharris #novel #episod5meluruntukfirdaus #bab5myrudewife #dramamalaysia #dramaromansa #novelmyrudewife #drama

Komentar